Jawatan Penolong Pegawai Tadbir(Teknologi Maklumat)

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Mersing membuka peluang kepada warganegara Malaysia terutamanya warga Johor untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Tadbir( Teknologi Maklumat ) N29. Jawatan yang ditawarkan bertaraf TETAP dengan gaji permulaan minimum RM1,493.00.

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir(Teknologi Maklumat) merupakan jawatan yang menggantikan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29. Bidang tugas Penolong Pegawai Tadbir(Teknologi Maklumat) antaranya adalah untuk merancang dan memastikan kelancaran penggunaan teknologi maklumat yang bersesuaian dengan proses kerja Majlis Daerah Mersing.

Kelayakan akademik yang diperlukan adalah STPM(atau setaraf) ATAU STAM(atau setaraf) ATAU diploma dalam bidang teknologi maklumat atau sains komputer atau kejuruteraan komputer. Semua calon WAJIB memiliki kepujian(sekurang-kurangnya C) dalam Bahasa Melayu dalam SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan Malaysia.

Pemohon perlu menyediakan video resume berdurasi KURANG dari 3 minit dengan menggunakan suara pemohon yang sebenar. Kandungan video bersifat kreatif dan perlu mengandungi maklumat-maklumat yang diminta dalam iklan.

Maklumat lanjut boleh dimuat-turun di portal rasmi MDMersing(http://www.mdmersing.gov.my/ms/rakyat/peluang-pekerjaan). Tarikh tutup permohonan adalah 18 Jun 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *