JOHOR – pintu masuk selatan tanahair kita, Malaysia. Di bawah kepimpinan Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Johor dibahagikan kepada 10 daerah yang ditadbir oleh 16 pihak berkuasa tempatan.

DaerahKeluasan (kmĀ²)
1 Batu Pahat1,878
2 Johor Bahru1,817.8
3 Kluang2,851
4 Kota Tinggi3,488
5 Kulai753
6 Mersing2,838
7 Muar1,376
8 Pontian907
9 Segamat2,851
10 Tangkak970
10 daerah di Negeri Johor

Daerah-daerah ini ditadbir oleh 16 pihak berkuasa tempatan seperti di bawah.

PBTKetua Jabatan
1Majlis Bandaraya Johor BahruDatuk Bandar
2Majlis Bandaraya Iskandar PuteriDatuk Bandar
3Majlis Perbandaran Batu PahatYang DiPertua
4Majlis Perbandaran KluangYang DiPertua
5Majlis Perbandaran KulaiYang DiPertua
6Majlis Perbandaran MuarYang DiPertua
7Majlis Perbandaran SegamatYang DiPertua
8Majlis Perbandaran Pasir GudangYang DiPertua
9Majlis Perbandaran PengerangYang DiPertua
10Majlis Daerah Kota TinggiYang DiPertua
11Majlis Daerah LabisYang DiPertua
12Majlis Daerah MersingYang DiPertua
13Majlis Daerah PontianYang DiPertua
14Majlis Daerah Simpang RenggamYang DiPertua
15Majlis Daerah TangkakYang DiPertua
16Majlis Daerah Yong PengYang DiPertua
Senarai Pihak Berkuasa Tempatan

PBT di Johor menjalankan fungsi mereka bersandarkan akta dan undang-undang kecil yang telah diwartakan. Antara akta yang terlibat adalah :

  • AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976
  • AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976
  • AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974
  • AKTA PENGURUSAN STRATA 2013
  • PERINTAH DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

Berdasarkan kuasa yang perolehi melalui akta dan undang-undang yang diberikan, PBT bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi seperti merancang dan mengawal pambangunan, menguatkuasakan undang-undang di dalam bidang kuasa mereka, mengeluar dan mengawal lesen-lesen perniagaan, papan tanda iklan perniagaan, dan lain-lain fungsi seperti di bawah:

  1. Merancang dan mengawal pembangunan.
  2. Sebagai penguasa yang mengawal dan memastikan segala aktiviti di kawasan pentadbiran mengikut undang-undang.
  3. Mengeluar dan mengawal lesen-lesen perniagaan, papan tanda iklan perniagaan, penjaja dan menyediakan kemudahan seperti kedai, bazar, gerai, pasar awam serta lain-lain.
  4. Mengawal selia perkhidmatan perbandaran.
  5. Menyediakan dan menyelenggara kemudahan rekreasi, landskap dan kemudahan awam.
  6. Menyediakan dan menyelenggara kemudahan infrastruktur seperti jalan, perparitan dan lampu jalan.
  7. Lain-lain tugas yang bersesuaian dengan peruntukan undang-undang.
  8. Pengurusan kewangan yang diurus dengan cekap, berkesan dan sistematik mengikut tatacara kewangan yang telah ditetapkan.
  9. Sebagai badan kawalan bangunan dalam mematuhi undang-undang, akta-akta, garis panduan, dasar-dasar am Majlis dalam mewujudkan persekitaran yang terkawal dan teratur.